Sikit-sikit hobi, Lama-lama jadi habit

The best hobby i have is sewing.

Sangat addicted menjahit masa mengandungkan anak pertama. Tak tau la mana datang angin menjahit ni.

Siap survey barang-barang jahit. Pegi kedai dok bau-bau, pegang-pegang jenis kain. Tapi tak beli. haha!

Masa dah trimister ke dua (kalau tak silap) dah start membeli. Beli sikit-sikit. Masa tu pakai konsep JANJI ADA . haha

Dari sini la start jumpa core jahitan. Dah start minat nak jahit benda-benda comel macam doll atau keychain.

So, pegi la kedai jual barang-barang kawin. Cuba cari kain "fabrik yang orang guna untuk buat brooch" sampai tak tau nama. Mujur akak tu sporting dia bagitau nama kain tu ialah felt.

Masa tu memang tengah trending felt brooch ni.

Acik pon cuba la buat brooch. Tak tau kata ada tutorial kat youtube. haha.

Buat brooch pakai taram je. Yang penting jadi bentuk brooch.

Masa dah dekat due tu kan, umi dah pesan "kena berenti menjahit". pantang orang tua-tua. hehe. Tapi acik ni kedegilan ya amat. So, dapat la siapkan satu keychain doremon. Yeeeehaaa!

Esok bangun pagi-pagi tu kan terus tunjuk kat umi, punya tekejut tengok keychain tu. hehe

Then memang kena marah sebab degil. (tapi umi still puji CPMEL hokey)

Lepas tu konon nak start jual la hasil tangan sendiri. Macam-macam jenis hasil kraftangan la dah dibuat. Keychain, brooch, bantal palestin, bantal couple, and so on lah yang berkaitan.

(Belambak stok ni haaa)

Tapi ye lah kan, kita ni sampai bila nak jadi bos, nak jadi kuli kan. So, acik is penat dan tak larat. Dengan modal dan untung tak seberapa. So acik stop menjual. Kalau ada kawan-kawan atau sepupu sepapat yang nak je acik buatkan.

Sampai sekarang, menjahit boleh buatkan acik rilex. Rasa macam terapi gitteww.

So, menjahit just my hobby, not for sale. Kalau ada yang berminat je acik jual. Kalau tak, tak pe.

Acik dah sedar, nak start bisnes, bukan something yang senang. Kena lalui pelbagai cabaran, till then, baru kita akan jumpa bisnes yang serasi dengan kita.

Bisnes menjahit yang dulu tu rupanya bukan bisnes yang sebetul-betul nya, just a hobby.

Hehe.

Ada orang, dari hobi, jadi bisnes kan?

Tapi, acik rasa, bila kita tau kekuatan bisnes tu, potensi dia, we have to learn about it and love it.

Love what you do and do what you love.

All the best.

Daoakan semoga acik lebih tabah dan cekal menjadi insan yang menyebarkan kebaikan ya.

Love,
Aqilah Ismail

Comments