5 Petua hilangkan jeragat secara tradisional.

Jeragat merupakan perkara yang amat merisaukan kerana majoritinya jeragat berlaku di bahagian muka.

Jeragat ini terhasil kerana pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati, bakteria yang terkumpul terutama dibahagian dahi, hidung, dagu dan pipi.

Disini saya kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan jeragat secara tradisional.

1. Kerap Mencuci Muka.


Pastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan bersih dengan cara kerap mencuci muka. Anda boleh mencuci muka dengan pencuci dua kali sehari bagi mengelakkan pengumpulan minyak dan bakteria pada kulit muka anda.

Pastikan kulit muka tidak terlalu kering kerana ia akan menyebabkan lebih banyak pembentukan bakteria dan minyak yang akan menyebabkan lebih banyak jeragat.

2. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar)


Cuka epal cider boleh berfungsi sebagai astringent dan secara tidak lansung boleh mengeluarkan minyak yang berlebihan dari kulit. Tambahan pula, ia mempunyai sifat antiseptik dan anti bakteria untuk melawan pembentukan jerawat dan jeragat.

Caranya, campurkan satu sudu teh cuka kedalam satu cawan air. Sapukan cuka yang dicampur air tadi ke muka anda menggunakan bola kapas. Biarkan lebih kurang 10 minit dan bilas dengan air suam.

Lakukan setiap hari ataupun beberapa kali setiap minggu sehingga mendapatkan hasil yang memuaskan.

3. Jus Lemon


Membantu menggelupaskan kulit dan memudahkan semula pertumbuhan semula sel. Jus lemon juga bersifat astringen yang dapat membantu menhilangkan minyak berlebihan.

Caranya, celupkan kapas kedalam jus lemon dan sapukan ke muka anda.Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan bilas dengan air sejuk. lakukan secara berterusan setiap kali sebelum tidur sehingga dapat hasil yang memuaskan.

4. Baking soda.


Bagus untuk pengelupasan sel-sel kulit mati dan kotoran. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan PH kulit.

Caranya, campurkan sedikit air dalam satu sudu teh baking soda (untuk membuat pes yang tebal). Sapukan pada kawasan yang berjeragat dan bilas selepas beberapa minit. Ulang dua atau tiga kali seminggu sehingga mendapat hasil yang diingini.

AMARAN : dilarang menggunakan soda jika anda mengalami kulit sensitif.

5. Kayu manis.


Kayu manis dapat membantu anda mendapatkan kulit yang sihat. Apabila digunakan sebagai skrub, ia membantu mengurangkan masalah jeragat dan bintik-bintik hitam. Pada masa yang sama menyarankan penghasilan kolagen dan proses penyembuhan kulit.

Terdapat dua cara untuk menggunakan kayu manis.

Cara pertama, Campurkan satu sudu teh serbuk kayu manis dan tepung oat dengan sedikit air (sehingga membentuk satu pes). Sapukan pada kulit muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

Cara kedua, Campurkan satu sudu teh madu, gel aloe vera (lidah buaya) dan secubit serbuk kayu manis. Sapukannya campuran tersebut pada permukaan muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

Anda boleh mengamalkan salah satu cara yang dinyatakan di atas sebanyak dua atau tiga kali seminggu, sehingga anda mendapatkan hasil yang memuaskan.

AMARAN : Sesetengah orang mempunyai alahan pada kayu manis, oleh itu anda perlu mencubanya dengan kadar yang sedikit terlebih dahulu untuk pastikan kulit anda tidak alah padanya. Sekiranya anda berasa gatal-gatal setelah mencubanya, berhenti menggunakan kaedah rawatan ini dengan serta-merta.

Secara ringkasnya, terdapat banyak cara yang anda boleh amalkan untuk menghilangkan jeragat. Apa yang penting adalah usaha untuk mengamalkannya. Semua petua di atas boleh dicuba terlebih dahulu. Tetapi suka saya ingatkan, hormon dan jenis kulit adalah berbeza bagi setiap orang. Jadi, petua diatas hanya ikhtiar. Jika tiada sebarang perubahan, boleh rujuk doktor dan dapatkan rawatan selanjutnya.



Comments