5 Aktiviti menarik untuk si kecil

Kanak-kanak memang sinonim dengan bermain. Mereka tidak akan pernah duduk diam kerana sel-sel otak  mereka akan sentiasa berhubung. Itu normal. Tetapi, jika si kecil anda mengalami masalah seperti tidak tahu bertindak balas, anda perlu segera mencari punca dan segera dapatkan rawatan atau nasihat doktor.

Di sini, saya kongsikan beberapa aktiviti yang MENARIK yang boleh dilakukan bersama si kecil. Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam rumah atau di halaman rumah (mengikut kesesuaian ibu bapa)

Ok, jom kita tengok apa aktiviti yang menarik tu.

1) Memancing

Si kecil yang berusia lingkungan 3 tahun sudah mula menunjukkan minat bermain pancing-pancing. Oleh itu, ibu bapa boleh sediakan kolam yang berisi air dan memasukkan beberapa ekor ikan mainan serta sediakan alat untuk memancing. Biasanya permainan ini ada di jual di kedai Mr. DIY atau ECO.

Permainan memancing ini dapat menguji tahap kefokusan si kecil dalam menyelesaikan misi menangkap ikan. Ia juga dapat mengasah minda si kecil untuk berfikir cara dan startegi untuk menangkap ikan.

2) Painting

Mengecat juga salah satu idea yang menarik. Ini kerana, si kecil yang berusia 4 tahun suka bermain warna. Mereka sudah memasuki fasa mengenal dan belajar warna, bentuk, huruf dan sebagainya. Jadi, bermain dengan cat warna dapat mengasah minda si kecil untuk mengetahui warna yang boleh digabungkan dan menghasilkan warna yang baru.

Ini dapat mengasah motor halus si kecil. Ibu bapa perlu menunjukkan cara bermain yang menyeronokkan supaya si kecil dapat bermain sambil belajar.

3) Kinetic Sand

Si kecil sangat suka bermain pasir. Jadi, pastikan ibu apa sediakan pasir yang selamat dan bersih. bermainlah di tempat yang sesuai. Sertai si kecil anda untuk bermain. Mungkin ibu bapa boleh membina istana pasir atau bentuk-bentuk yang boleh dilakukan menggunakan pasir.

Ini kerana, pasir adalah sesuatu yang bersifat semulajadi, maka, si kecil akan sukakan tekstur nya yang agak kasar tetapi lembut. Biarkan si kecil anda berimaginasi bersama pasir supaya mindanya bergerak seiring dengan kelakuannya.

4) Lego

Ini adalah permainan yang sangat kreatif kerana permainan ini merupakan salah satu permainan yang menguji minda si kecil untuk membentuk, mencantum, menyusun sekaligus mengenal objek. Terdapat pelbagai jenis alat permainan untuk si kecil tetapi lego merupakan permainan yang ringkas dan mudah.

Si kecil dapat bermain, membina, menyusun lego ini dengan tekun selama mana yang mereka mahu. Jika mahu si kecil lebih kreatif, ibu atau bapa perlu sertai mereka berimaginasi. Bina kan mereka sesuatu yang mereka suka dan bercerita bersama-sama. Ini dapat mengasah otak kanan mereka untuk bertindak lebih kreatif dan pantas.

5) Doh

Gabungan tepung, air dan beberapa bahan yang dapat digunakan untuk menghasilkan doh bukan lah sesuatu yang sukar. Tambahan pula dengan campuran warna-warna yang menarik amatlah menarik perhatian si kecil. Doh juga dapat mengasah minda mereka untuk menghasilkan sesuatu.

Bagaimanapun, dorongan dari ibu bapa amatlah penting. Bermainlah bersama anak-anak kerana mereka akan lebih teruja dan idea akan bertambah meriah jika ibu bapa ada bersama mereka. Ibu boleh menguli doh dan bermain seperti mereka berada dalam suasana di dapur. Jadi, si kecil akan memulakan watak sebagai chef untuk memasak. Asah bakat yang ada dalam diri mereka.

Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi role model yang terbaik buat si kecil. Sesibuk manapun kita, luangkan masa walau hanya 10 minit untuk mereka. Mereka pasti meghargainya. Lakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan agar perkembangan minda dan diri mereka membesar dengan baik dan sihat. Jangan sesekali biarkan si kecil anda memilih orang lain untuk menjadi role model buat mereka.

Comments