Hotel murah pilihan ramai. Cuba la!

Bismillah.

Alhamdulillah. Dapat jugak menulis. Punya la banyak idea dok bebel dalam kepala tapi tak tertulis-tulis jugak. hehe 

Sebab tu, bila nak buat sesuatu. Fikir dan buat! bila dah sekali cakap "mm, jap lagi la" haa, alamatnyaa, memang esok, lepas tu esok lagi lepastu esok lagi. last-last, lupa nak buat. rugi, rugiii.

So, lepas ni. nak buat apa-apa, terus je buat okay? (tengok cermin, cakapkat diri sendiri)

Okay!

Hari ni nak cerita kisah 2 minggu lepas punya cerita. haha

Ummi saya dapat ikut lawatan ke KL secara PERCUMA. wow! best kan? so, mula-mula tu tak plan la nak jumpa sebab takut ummi yang rushing ikut jadual yang dah ditetapkan. Tapi tiba-tibaaaaaa, ummi call kata nak jumpa cucu nya si Wa"izh dengan Nu'man ni haa. so,kena la kiteorg ke KL. 

Sampai je kat sana. masuk dalam hotelllll.. uuu~ time tu rasa memang TERUJA gila! (sebab dah lama x masuk hotel. last pon zaman g lawatan sekolah form 3. sedih2.)

memang terus landing atas tilam, golek-golek tanpa hiraukan kawan-kawan ummi. haha. Tapi masa tu diorang tengah siap-siap nak keluar. ada makan malam dengan dato'. 

Pastu tiba-tiba lagi, Ummi cakap, "eh, kita ambil bilik lain la, kalau semua tidur sini x muat." masa ummi cakap tu. dalam hati dah [oh my godddd, nak tido hotel???] sambil menari-nari. tapi dalam hati je la. menari betoi kang ummi kata mak eksitedlebih dari anak pulak. haha.

So, kakak pegi la turun bawah untuk ambil bilik lain. tapi, sebelum pindah bilik, meh nak share sikit gambar-gambar bilik hotel tu.

ni la katil yang dikatakan tu. 

  
bilik air pon boleh tahan selesa.

haa, tu bilik first ummi duduk dengan kawan-kawan. lepas pindah bilik, kiteorang dapat bilik macam ni.

katil lebih besar

  
bilik air pon lebih besar 

Lebih BESAR, lebih SELESA. hehe

tengok anak ku tidur nyenyak macam mana. (Nak habaq kata selesa)

Alhamdulillah, walaupun cuma sehari tapi selesa dan seronok. Ok, pagi tu keluar untuk teruskan misi mencari sarapan. Depan hotel tu je. banyaaakkkkk kedai boleh pilih nak makan kat mana. Tak gaduh pikir dah. Cuma gaduh sebab tak tau nak makan yang mana. Rambang mata oo.

  
bakso ada

 
lauk pauk pon ada

so, makan la sampai kenyanggg. hehe

lepas  makan, masa yang ditunggu-tunggu dah tiba. iaituuuuuuuu, SHOPPING!!

Yeaay!

Untuk pengetahuan korang, hotel yang kiteorang duduk tu nama nya Palace Hotel, dekat jalan Masjid India, KL. Kat situ la tempat shopping2, kalau musim raya, lagi la ramaaaiiii orang. Sesak, padat, semua ada. Tapi sebab aku ni, tak pernah pegi tempat tu, memang orang kedah kata peghak laa. haha



Jom jalan, kita tengok apa yang ada.

  
pelbagai jenis bag. beg, handbag, dompet, untuk kanak-kanak, mak, ayah, lelaki, perempuan semua ada.

      
aksesori- aksesori

  
kasut

  
pakaian, baju budak, tudung, shawl, kain sarung, kain pasang, semuaa lah.

fuuhh, dah penat shopping, ummi kena kejar bas sebab diorang terus nak ke Cameron highland pulak.. Uuuu~ boleh shopping stoberi pulak, tapi kiteorang tak ikut. Ummi je la yang shopping stoberi. hehe


  
jadi, ni je la yang kiteorang beli. 

Eh, ada pulak kepci tu. haha. Dah lapar tapi penat nak masak. So, kepci je laa. 

Ok, setakat tu dulu lah. moga2 memberi manfaat buat sesiapa yang nak cuba jalan2 kat KL. 

Comments